Sulit

3 tahun

Lewat period atau hamil?

Hi doctor, pada bulan 8, 8/8 saya melakukan hubungan intim bersama suami saya, hari tersebut adalah 3 hari selepas saya habis period. Pada bulan 9, period saya delay. Sepatutnya saya period pada 30/8 - 5/9, sebaliknya period saya dtg pada 4/9. 3/9 saya buat juga upt test sebab dah delay kan. Tapi result negative. Esoknya saya period selama 6 hari. Sepanjang habis period tu, saya tidak ada melakukan apa apa hubungan bersama suami saya. Bulan ni saya tunggu period saya, tetapi lewat juga. Saya juga perasan, sepanjang permulaan nak period bulan lepas tu, ada keluar lendir jernih bercampur darah, sometimes warna koko sahaja. Adakah saya hamil? Atau memang saya ni mengalami masalah period tidak teratur.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami masalah haid yang asyik kelewatan sejak kebelakangan ini serta gejala keputihan lendir yang bercampur darah yang dihadapi anda. Untuk makluman anda, kehamilan hanya berlaku sekiranya anda tidak mengalami kedatangan haid lebih dari satu bulan (satu kitaran) sehinggalah tarikh hari ini. Sekiranya anda melakukan hubungan intim bersama suami pada waktu kesuburan, iaitu 2 minggu selepas tarikh haid yang lepas (atau pertengahan bulan) dan mengalami kedatangan haid yang terlambat hampir lebih dari 2-3 minggu atau sebulan, maka ada kemungkinan bahawa anda adalah hamil.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.**
**

Gejala lendir yang bercampur darah tersebut mungkin boleh menandakan perkara yang serius. Ia juga boleh dijelaskan beberapa perkara:

  • Keputihan coklat atau lendir bencampur darah ini boleh disebabkan oleh keguguran berlaku atau persenyawaan yang tidak berjaya ketika bersama suami pada kitaran haid yang lepas
  • Ia juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita pada kitaran haid yang lepas.
  • Keputihan coklat ini selalunya merupakan cebisan daging rahim yang tersingkir pada waktu haid anda. Ia bermaksud hormon Progesterone anda dirembeskan pada kadar yang lebih sedikit bagi penebalan dinding rahim anda. Rembesan tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti emosi, pemakanan, senaman dan juga pil perancang.
  • Merupakan salah satu tanda jangkitan STD sekiranya ia berbau busuk atau melekit. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh keradangan atau iritasi pada vagina dan serviks ketika melakukan hubungan intim.
  • Boleh disebabkan oleh aliran darah yang terganggu akibat ketumbuhan fibroid atau poli. Ia juga boleh disebabkan oleh takungan darah haid yang beku yang terperangkap dari kitaran haid yang lepas.
  • Masalah pendarahan am.

Setakat ini, kami nasihatkan anda untuk tidak merisaukan lebih tentang perihal ini kerana ia merupakan salah satu perkara yang biasa berlaku bagi sesetengah wanita yang sihat. Sekiranya anda mengalami perkara ini secara berlarutan serta mengalami simptom-simptom lain seperti senggugut yang tidak berkait dengan haid, kegataan, pendarahan berlebihan, keletihan, dan juga masalah kesuburan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan yang berdekatan bagi mengemukakan punca masalah yang terselindung.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

irregular-periods

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)