
Sulit
5 tahun
Light brown discharge
Saya wanita berusia 27tahun. Saya mengalami masalah keputihan tetapi tidak terlalu banyak, baru-baru ini keluar discharge berwarna coklat cair. Saya sangkakan ianya period sign, kerana expected period saya adalah pada minggu ini, tetapi setelah 2hari tiada darah yang keluar. Hanya sedikit lendiran berwarna coklat muda. Saya juga dapati saya tidak mengalami simptom2 period yang selalu saya alami sebelum kedatangan period (breast sensitivity dan acne). Saya tidak mengalami sakit pada bahagian pelvis atau kegatalan pada vagina. Untuk makluman dr juga saya ada mengambil ubatan (ubat batuk, selsema, demam, antibiotics) pada bulan ini. Saya juga mengalami period tidak tetap tetapi tidak pernah miss pada setiap bulan. Adakah brown discharge itu disebabkan ubatan yang mengganggu hormon atau masalah lain yang lebih serius. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda tentang gejala discaj berwarna coklat yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.