dyannasayang
3 tahun
Low blood pressure bagi pesakit darah tinggi
Saya wanita berumur 40thn.mempunyai penyakit darah tinggi.pada pukul 10 pg…bacaan tekanan darah saya 131/78…tetapi selepas saya mkn & buat kerja rumah…dlm masa 1jam BP saya drop hingga 99/56…adakah itu normal?hingga sekarang BP saya still rendah bahagian bwh…still 50-57 shj…bahagian atas 101-112.perlu ke saya rujuk ke hospital?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg. Manakala, tekanan darah rendah yang bacaan kurang dari 90/60 dan memerlukan rawatan/pemerhatian doktor.
Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:
- Ortostatik
- Neural
- ‘Shock’
Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Mengandung
- Masalah jantung
- Anaemia
- Jangkitan kuman
Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini. Hipotensi neural pula berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Hipotensi disebabkan ‘shock’ pula adalah tanda klinikal utama apabila seseorang mempunyai sepsis atau jangkitan kuman yang teruk ataupun pendarahan yang berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























