
Sulit
3 tahun
Luka/bernanah pada kemaluan lelaki
Saya remaja lelaki 18 tahun mempunyai luka bernanah pada bahagian kemaluan saya sejak 1 minggu lalu dan ia semakin memburuk sampai sekarang…Apakah penyakit tersebut dan bagaimana cara untuk mengatasinya dokter???

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegelisahan anda mengenai luka bernanah pada bahagian kemaluan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, luka bernanah pada tempat kemaluan biasanya dikaitkan dengan jangkitan penyakit kelamin. Penyakit seperti jangkitan herpes, sifilis, chancroid, dan gonorhea boleh menyebabkan ulser pada bahagian zakar. Selain itu, luka pada bahagian zakar yang telah dijangkiti kuman juga boleh menyebabkan ia bernanah. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi dan sulit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.