
Sulit
5 tahun
Luka bersalin normal bernanah
Saya baru lepas bersalin normal vakum pada 11/3.skrg ni luka saya bernanah apa patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah luka bersalin bernanah bermaksud luka anda dijangkiti kuman. Anda harus ke klinik untuk melakukan pembersihan luka dan penilaian luka. Sekiranya perlu, ubat akan diberi untuk mengelakkan jangkitan sistemik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.