Sulit
3 tahun
Luka bersunat dan melekat pada alat kemaluan
Anak saya baru bersunat, dia gatal pd kemaluannya dan garu, jahitan terbuka dan terpksa di jahit balik, dia takut hendak cuci luka, balutan luka telah melekat pd kulit kemaluannya. Apa perlu saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, sebolehnya, jahitan luka tersebut tidak boleh disentuh untuk memastikan proses pemulihan luka berjalan dengan lancar.
Disebabkan anak anda takut untuk mencuci luka, anda boleh menenangkannya terlebih dahulu sebelum mencuci luka tersebut. Sekiranya balutan tersebut agak susah untuk dicabut, kami sarankan anda membawanya ke klinik berdekatan untuk mencuci luka tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan daripada pihak doktor kami. Terima kasih.