
Sulit
5 tahun
Luka di kepala penis
Hi doc, suami saya mengalami luka padal bahagian bawah kepala penis selepas melakukan seks bersama saya. Mengapa boleh jadi begitu dan apa harus dia lakukan kerana luka lecet itu terasa pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan tentang suami anda adalah tidak lengkap. Secara umum, sama seperti bahagian kulit yang lain, luka penis dapat terjadi akibat hubungan seksual yang terlalu keras ataupun kasar.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.