
Sulit
3 tahun
Luka jahitan czer terbuka
Saya umur 22thn bersalin czer selepas 21 hari luka jahitan dihujung kanan terbuka sedikit tapi tidak mengeluarkan nanah atau berair adakah ini normal atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu luka jahitan bersalin terbuka. Untuk makluman anda, masalah ini memerlukan jahitan semula. Maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bersalin anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih
Perlukan nasihat pakar? Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.