
Sulit
3 tahun
Luka pada bahagian penis
sya lelaki 20th mengalami masalah bintik merah pada pergelangan penis sehingga menyebabkan luka, gatal dan rasa pedih. hal ini menyebabkan sya tdk selesa untuk berkerja apatah lagi melakukan rutin harian sya… sya harap dokter dpt membantu sy a

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegusaran anda menghadapi bintik merah pada kemaluan, gatal dan mengganggu rutin harian anda.
Biasanya, bintik pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.