Sulit
4 tahun
Lupa makan pil perancang sehari dan lupa hari yang lupa
Hi doc, sy berumur 40 tahun dan sudah mempunyai 5 cahayamata .saya dah la mengambil pil yasmin. Sepatutnye pil yasmin terakhir yang saya makan ialah hari esok. Tapi tadi sy check, masih ada 2 biji saya tak pasti hari ape yang saya terlupa makan. Adakah potensi utk sy hamil tinggi?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati anda terlupa makan satu pil perancang. Pil perancang ini sangat berkesan sehingga 99% sekiranya diambil setiap hari tepat pada masanya. Namin, mengambil kira faktor manusia yang mudah lupa keberkesanan ubat ini untuk mencegah kehamilan adalah 91%. Dapat anda lihat peratusan yang diberikan bukannya 100% kerana sentiasa ada ruang untuk yang kita tidak dapat jangka dan di luar kawalan manusia.
Jadi, untuk menjawab soalan anda, risiko untuk anda hamil itu ada namun tinggi atau tidak saya ti ak pasti. Hal ini kerana ada tidak pasti bila anda terlupa mengambil pil tersebut serta ada atau tidak anda mengadakan hubungan kelamin dengan suami dalam tempoh anda lupa mengambil pil tersebut.
Nasihat saya, anda boleh dapatkan apps di handphone yang boleh mengingatkan anda untuk mengambil pil. Atau munkin mencuba cara perancang keluarga yang lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lajut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.