
Sulit
3 tahun
Mabuk perjalanan dan mabuk kereta
Hai doc. Saya ingin bertanya, ubat apa yang paling berkesan untuk menghilangkan mabuk kereta sebab saya kerap rasa mabuk bila naik kereta atau bas. Banyak dah benda dibuat untuk kurangkan mabuk tapi still mabuk juga.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, mabuk perjalanan bukan sejenis penyakit tetapi tindak balas normal yang disebabkan oleh pergerakan luar biasa yang berintensi tinggi dan mengambil tempoh yang lama. Adakalanya mabuk perjalanan dirujuk sebagai mabuk laut atau mabuk kereta.
Nasihat khusus untuk mencegah atau merawat mabuk perjalanan:
Jangan berjalan semasa perut kosong; ini seolah-olah menggalakkan mabuk perjalanan. Bagi kanak-kanak berisiko, elakkan memakan dengan banyak sebelum dan semasa perjalanan tetapi meminum jus buah-buahan atau soda dengan kerap.
Jika loya, pegunkan kepala. Elakkan membaca tetapi boleh mendengar muzik.
Tingkatkan pengudaraan, kurangkan pengambilan makanan dan elakkan pengambilan alkohol untuk mengurangkan mabuk. Ubat-ubatan dari bahan semulajadi seperti halia boleh juga membantu.
Jika berada dalam kenderaan:
- Kereta – duduk di bahagian kerusi depan. Halakan posisi ke hadapan, bukannya ke sisi tingkap.
- Bot – cuba berada di bahagian tengah (amidship). Baringkan badan secara terlentang dengan kepala disokong dengan bantal. Pastikan kepala pegun dan mata tertutup. Jika di atas dek, halakan posisi kes bahagi hadapan. Panduan: Bayangkan anda sedang menari dengan bot tersebut.
- Kapal terbang – dapatkan tempat duduk di bahagian tengah kabin kerana pergerakan adalah kurang ketara. Bersandar di kerusi, pegunkan kepala dan pandang ke hadapan.
Namun, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor