
Anonymous
5 tahun
Makan pil perancang ketika tidak haid
Helo. Saya Ingin melakukan seks pada keesokkan harinya tapi sy tak mahu hamil sebab tak bersedia. Jadi perlu Ke saya just makan pil perancang yang sy beli baru2 ni? Walaupun tidak haid? Untuk mencegah hamil. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, pill perancang harus dimulakan mengikut kitaran haid anda. Pil pertama harus dimulakan pada hari ke-7 haid anda, dan keberkesanannya bukan 100% pada dua minggu pertama.
Walaubagaimanapun, anda boleh cuba menggunakan Postinor-2 untuk mencegah kehamilan.Pil pertama diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan, manakala pill kedua diambil dalam masa 12 jam selepas pil pertama. Selepas itu, anda boleh mula mengambil pill perancang mengikut kitaran haid anda yang baru.
Untuk penjelasan yang lebih teliti, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih