
Sulit
4 tahun
Makan pil perancang noriday
Saya perempuan berumur 29 tahun masa anak pertama saya merancang sendiri tp rancang punya rancang masa ank ptama dlm 4 bulan saya mengandung ank yang kedua tapi yang nie saya makan pil perancang noriday setiap pagi saya akan ambil xpernah missed walaupun 1 biji tapi bulan ini period saya belum datang lagi…bila buat upt positif adakah saya mengandung sebab baru seminggu belum Ada tanda2…bahaya x kalau saya hamil lagi sebab anak ptama baru masuk 2tahun yang kedua baru 7 bulan lebih…lagi 1 macam mana saya boleh mengandung sedangkn saya ambil pil perancang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi serta kekeliruan berkenaan pil perancang noriday.
Untuk makluman anda, bagi mendapat keberkesanan pil perancang, pil Noriday perlu diambil setiap hari secara berterusan, termasuk semasa anda datangi haid (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil). Pil Noriday mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari, bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan. Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Berkenaan pertanyaan anda tentang kehamilan, menurut World Health Organisation (WHO), jarak kehamilan yang paling ideal adalah selama 18 hingga 24 bulan. Hal ini bagi mencegah risiko kehamilan dengan jarak yang terlalu dekat daripada berlaku. Namun begitu, anda tidak perlu panik. Dapatkan pemeriksaan secara langsung dan nasihat daripada doktor tentang kehamilan anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini merupakan keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih