
nurathiqahanuar99
5 tahun
Makan pil postinor 2 biji sekali gus
Hai. Saya nak tanya, kalau saya makan pil postinor 2 biji sekali gus adakah ianya akan berkesan ? Atau saya berisiko untuk hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, sekiranya anda telah mengambil pil ini dua dos sekaligus, maka anda dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seksual untuk tempoh satu minggu. Hal ini kerana jika anda hendak mengambil pil tambahan selepas ini, dihkuatiri akan menyebabkan lebihan dos. Namun begitu, anda boleh berbincang bersama ahli farmasi anda sekiranya anda memerlukan pil tambahan atau tidak walaupun telah mengambil kedua-dua pil sekaligus. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.