Sulit
3 tahun
Makan pill noriday tidak tepat waktu
hi doc…
saya ada ambil pill perancang noriday…ambil hari2 tanpa miss tetapi tidak tetap waktu…misalnya saya tiap2 hari ambil pukul 8 malam…tp kadang2 ada makan terlebih masa …makan pukul 9 mlam,10 malam ,12 malam…if ada bersama suami pada hari subur n suami pakai protection condom.tp condom ada leaking…high risk untuk pregnant x?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, cara pengambilan pil perancangan yang betul adalah dengan:
- Perlu diambil setiap hari secara berterusan , termasuk semasa anda datangi haid. (Ini tidak seperti pil gabungan, yang biasanya diambil setiap hari selama tiga minggu, diikuti dengan minggu bebas pil) .
- Pil perlu ditelan dengan minuman. Mereka boleh diambil sama ada dengan atau tanpa makanan.
- Mesti diambil secara berterusan, pada masa yang sama setiap hari , bagi keberkesanan maksimum untuk mencegah kehamilan. Anda boleh mengambilnya samada waktu pagi atau malam.
- Sekiranya anda lewat ambil pil ini lebih tiga jam , anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Sekiranya ini berlaku, anda harus menggunakan kaedah penghalang tambahan kontrasepsi, misalnya kondom, untuk dua hari akan datang, sambil terus mengambil pil seperti biasa.
Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.