Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makan postinor dan keluar darah seperti haid

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 24, 2020 3:28 AM

Sulit 18 hari

saya ada makan postinor seperti yang disarankan dan 5 hari selepas itu darah keluar selama 5 hari. adakah itu darah period sedangkan period saya baru sahaja datang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 18 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan yang diambil setelah hubungan seks tidak terlindung bagi mengelakkan kehamilan.

Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid pasangan anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan. Pil ini harus diambil dua kali dimana pil pertama secepat yang mungkin setelah hubungan seks tidak terlindung dan dalam masa 72 jam dan pil yang kedua setelah 12 jam pil pertama diambil.

Bagi masalah keluar pendarahan, ianya merupakan antara kesan sampingan yang sering berlaku dan kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Namun, sekiranya haid anda lewat melebihi 14 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lwbih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Jun 24 2020 03:28:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Berak selepas makan pil postinor, adakah perlu ambil lagi pul tersebut? doc,jika makan pil postinor2, kemudian dlm seminit sy membuang air besar…adakah pil itu terbuang sekali? perlu ambil semula ke pil tersebut? Baca lagi...
26 hari
Sulit
Perencangan keluarga Sy tidak perasan bahawasanya suami sy telah melepaskan dlm, sy baru perasan dlm beberapa jam itu… Sy telah mengambil postinor, dan 12 jam selepas itu, sy mengambil sebiji lg… Selepas 12 jam plak… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Adakah dengan pengambilan postinor2 akan mendatangkan kesan kepada ujian kesihatan Saya ingin bertanya tentang pengambilan postinor2.Saya mengambil postinor2 pada hujung bulan 5 dan saya haid seperti biasa semasa bulan 6,tetapi adakah dengan pengambilan postinor2 akan mendatan… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Pil kecemasan Dan pil perancang Hai doc.saya wanita berusia 30 tahun Dan mempunyai 4 orang anak.Saya nak Tanya,perlukah saya mengambil pil kecemasan selepas bersama dgn suami sedangkan sy sudah mengamalkan pil perancang tanpa… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Apakah kesan postinor-2? Hi dokter, sya dengan pasangan sya baru berumur 20 an. baru-baru ini, sya dan pasangan telah melakukan hubungan seks pada minggu lalu, dan sya telah melepaskan air mani di dalam. Lepas berhubung… Baca lagi...
27 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi