Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Maksud Kontak Kasul (Covid-19)

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 23, 2021 5:37 PM

Sulit 6 bulan

MySejahtera yang mengatakan “Anda telah dikenalpasti sebagai kontak Kasual”
Soalan saya:-

  1. Apakah yang dimaksudkan kontak kasual?
  2. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil?
  3. Perlu mejalani swab test?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda mengenai status Kontak Kasual yang dikeluarkan oleh aplikasi MySejahtera. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.

Untuk makluman anda, individu kontak kasual (casual contact) adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.

Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan memantau sebarang perubahan terhadap diri anda. Terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor. Sekiranya ini berlaku, orang lain yang tinggal bersama anda juga perlu menyekat pergerakan mereka.

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas
  • Hilang deria bau dan rasa

Antara langkah yang perlu dilakukan buat masa ini adalah memantau keadaan diri anda dan isi rumah yang tinggal bersama dengan anda. Selain itu, anda juga perlu mengisi soal selidik yang terpapar pada aplikasi MySejahtera mengenai sebarang gejala yang dialami.

Selain itu anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan bagi tujuan persediaan dan langkah berjaga-jaga.

Memandangkan anda telah diklasifikasikan sebagai kontak kasual (casual contact), anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan sendiri. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!


Dikemaskini pada: Fri Jul 23 2021 17:37:53 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19