Anonymous
6 tahun
Masalag kitaran haid
saya wanita 20’an sudah berkahwin. kitaran haid saya kadang-kadang teratur, kadang tidak. jika datang bulan, cuma dalam 5-6 hari sahaja. tetapi kali ini sudah 2 bulan saya tidak datang bulan dan saya juga telah membuat pregnancy test tetapi negative. apa kemungkinan masalah yang dihadapi oleh saya doctor? untuk pengetahuan doctor, berat badan saya 97kg. adakah berat badan mempengaruhi kitaran haid saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid lewat atau tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Seperti yang disenaraikan, berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih



























