
Sulit
5 tahun
Masalah angin pasang
Salam doktor…saya berumur 27tahun dan masih bujang…saya nak tanya masalah saya pada dokter.baru2 ni zakar saya sepeti tertarik kedalam dan kaki saya merasa kebas…ia berlaku berulang kali sehingga sekarang.adakah ia disebabkan angin pasang.?tetapi saya tidak menjumpai mana2 bonjolan di sekitar badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan berikutan masalah ini. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh jadi timbul disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Akibat obesiti
- Akibat lymphedema
- Akibat kelainan sejak lahir
Hal yang diatas dapat dikenalpasti berdasarkan pemeriksaan lanjut bersama doktor. Bagi merawat masalah diatas, perlu dikenalpasti terlebih dahulu penyebab keluhan. Justeru, anda amat digalakkan untuk mendapatkan konsultasi dengan doktor.
Silakan rujuk ke doktor dengan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.