Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah berat badan makin susut

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Ogos 14, 2019 10:12 AM

Sulit 14 bulan

Saya wanita 20an dan sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah berat badan yang makin susut . Jadi saya nak tahu ubat atau any supplement yang boleh saya amalkan untuk tambah selera makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 14 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kekurangan berat badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya

  • Masalah genetik atau keturunan.
  • Usia yang makin meningkat
  • Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
  • Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hyperthyroidism
  • Kencing manis Jenis 1
  • Masalah penghadaman seperti penyakit seliak (Coeliac disease)
  • Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik seperti kemurungan atau anorexia nervosa

Antara langkah yang anda boleh ambil untuk meningkatkan berat badan adalah

  • Mengamalkan diet yang seimbang untuk menambah berat badan
  • Senaman untuk menambah berat badan.
  • Membina otot
  • Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk menambah selera makan (atas nasihat doktor)
  • Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Aug 14 2019 10:12:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Dietetik tentang kurang berat badan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tiroid - Berat badan naik mendadak selepas pengambilan ubat Saya wanita berumur 30an merupakan pesakit tiroid sejak 5 bulan yang lalu. Sejak saya mula makan ubat tiroid iaitu Camazol Carbimazole & Propanolol berat badan saya naik mendadak 5kg dalam masa … Baca lagi...
9 bulan
shahidanalex70
Berat badan turun mendadak Saya lelaki berusia 20tahun pada tahun ini, saya tidak pasti penyakit apa yang ada dalam badan saya tapi yang saya tahu berat badan saya turun mendadak dari sebelumnya. Saya tidak tahu puncanya. Boleh… Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Badan susah naik berat Saya dalam 20an. Saya mengalami badan yang terlampau kurus dan susah naik berat badan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk naikkan berat badan saya? Elok atau tidak sekiranya saya meminum susu … Baca lagi...
52 hari
Sulit
Produk whey protein Sedang berusaha untuk turunkan berat badan dengan jaga pemakanan dan mengamalkan senaman. Di sini, saya ingin bertanya adakah produk whey protein ini bahaya pada tubuh badan kita?minta penceraha… Baca lagi...
11 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!