
Sulit
4 tahun
Masalah bulu muka yang lambat tumbuh
Hi. Saya lelaki berusia 22 tahun. Saya mendapati saya ada masalah bulu dimuka saya dimana ia lambat tumbuh. Saya sudah 22 tahun tetapi saya tidak mempunyai janggut dan misai. Adakah ini normal. Tapi keturunan saya tiada masalah seperti ini. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sesetengah lelaki lambat tumbuh misai dan janggut di muka. Anda tidak perlu risau tentang hal ini kerana ditentukan oleh genetik atau keturunan. Anda tidak perlu buat apa apa buat masa sekarang dan teruskan jaga kesihatan anda seperti biasa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah