Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah cepat pancut atau tak tahan lama

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 4:02 PM

Sulit 42 hari

Sy baru berkahwin tapi ada alamai masalah cepat pancut…ada ubat atau krim yg doktor boleh cadangkan utk atasi masalah cepat pancut tak

Dr Sri Viknarajan 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang yang dialami anda.

Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:

  1. Faktor Psikologi
  • Pengalaman seksual yang awal
  • Gangguan/deraan seksual
  • Rasa rendah diri dengan imej badan
  • Kemurungan
  • Risau akan ejakulasi awal
  • Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
  1. Faktor biologi
  • Tahap hormon yang tidak normal
  • Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
  • Keradanagan atau jangkitan di urethra
  • Mewarisi sifat

Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:

  • Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
  • Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
  • Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan dan anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 16:02:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang ejakulasi pramatang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Pramatang ejakulasi - Umur saya 34 dan sudah berkahwin, mengalami pramatang ejakulasi sejak umur 20-an lagi. Bagaimana nak merawat penyakit ini? TQ Umur saya 34 dan sudah berkahwin, mengalami pramatang ejakulasi sejak umur 20-an lagi. Bagaimana nak merawat penyakit ini? TQ Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Zakar bengkok sedikit apabila tegang, kencing tidak lawas, ejakulasi pramatang Hai, sy umur 21 tahun belum berkahwin. Saya mempunyai masalah zakar bengkok ke bawah sedikit apabila tegang. Saya juga dapati lps sy kencing, masih ada sedikit yg keluar. Saya juga mempunyai pan… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Lemah tenaga batin dan cepat klimak Cepat klimak dan sangat memalukan dan menjadi tekanan setiap kali bila memikirkan bila kahwin nanti. Tak sampai seminit sudah keluar atau 2 hingga 5 kali henjutan dah sampai Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Sama sahaja kerana lemah kepada habuk debu..bila terkena akan selsema Saya 20tahun mengandungi nafsu sex yg kuat…tetapi mengapa zakar saya cepat tegang Dan cepat mengaeluarkan air mani…tidak tahun lama…itulah masalah saya Baca lagi...
6 bulan
Sulit
Saya mempunyai masalah dengan alat kemaluan saya.Alat kemaluan saya dapat berdiri dan tegang..Tetapi masalahnya air mani cepat keluar.Durasi masa air mani keluar adalah dalam 30 saat Saya lelaki berusia 22 tahun. Saya nak tahu.Adakah saya diketegorikan sebagai mati pucuk.Dan adakah ubat untuk saya memperlambatkan pengeluaran air mani.Sekiranya saya mati pucuk, apakah yang pa… Baca lagi...
7 bulan