
Sulit
4 tahun
Masalah dubur yang sakit semasa membuang air besar
Saya remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang mengalami buasir.Setiap kali saya hendak membuang air besar,dubur saya akan merasa sangat sakit sehingga saya tidak sanggup untuk membuang air besar.Apa yang perlu saya lakukakn untuk mengurangkan kesakitan tersebut dan cara untuk menyembuhkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah buasir yang anda alami serta rasa sakit dubur ketika membuang air besar. Untuk makluman anda, selalunya penyakit buasir ini hanya boleh dirawat secara langsung menggunakan kemudahan hospital serta preskripsi ubat yang diberi oleh doktor anda.
Namun, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan simptom anda serta memberikan kelegaan yang diinginkan:
- Gunakan pek ais untuk ditekankan pada lubang dubur ketika gejala buasir ini berlaku, seperti lepas membuang air besar.
- Amalkan pemakan yang mengandungi fiber tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi melancarkan penghadaman dan mendapatkan najis yang lembut
- Gunakan pemakaian atau seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas untuk memberi pengudaraan pada kawasan dubur.
- Amalkan senaman lebih kerap. Kurangkan duduk pada jangka masa yang lama.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai menggunakan ubat-ubatan yang khas untuk masalah buasir.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.