Sulit

2 tahun

Masalah haid terlalu lama

Saya wanita 19 tahun , saya mempunyai masalah period terlalu lama , period dah melebihi 15 hari , ini first time saya lalui , sebelum ni tidak pernah berlaku. Boleh doktor terangkan apa punca dan bagaimana mahu selesaikan masalah ini?.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kebimbangan anda mengenai haid berpanjangan yang dialami dan ini pula merupakan kali pertama anda mengalami keadaan ini. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.

Secara umumnya, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Tempoh kitaran haid kurang daripada 21 dan melebihi 34 hari memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.

Mempunyai kitaran haid berpanjangan adalah tidak normal dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Untuk menyelesaikan masalah haid yang berpanjangan, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu kerana diagnosis berlainan mempunyai rawatan yang berbeza.

Antara punca lazim yang sering dikaitkan dengan haid berpanjangan dalam kalangan wanita adalah seperti berikut:

  • Polip rahim
  • Fibroid rahim
  • Endometriosis
  • Adenomyosis
  • Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Masalah sistem pembekuan darah
  • Penggunaan ubat cair darah
  • Aktiviti harian yang terlalu padat
  • Tekanan emosi atau stres

Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera:

  • Lemah badan dan lesu
  • Pucat
  • Jantung berdebar
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Pitam atau hampir pitam
  • Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian

Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

AdobeStock_148926367

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)