
nurulilham1706
5 tahun
Masalah Haid Tidak Berhenti
Saya wanita sudah berkahwin selama hampir 4tahun,belum ada anak, ada masalah haid… haid tidak teratur semenjak tahun pertama kahwin… selepas tahun ke2, haid mula teratur, setiap bulan akan datang haid… tapi semenjak tahun ke3, haid kerap datang… kadang hanya selang 2minggu( dlm 4 kli pernah jadi ). Kemudian semenjak 3-4 bulan ini, haid saya datang jenis berketul (seperti darah beku)… saya sudah jumpa doktor, tp doktor kata ini tiada apa2 masalah. Tapi untuk bulan ini, haid saya datang dari 1/9 sampai ke hari ini 18/9… tetapi dalam tempoh 1/9 hingga 15/9 kuantitinya hanya sedikit, dlm 1 pad untuk sehari… semenjak lewat petang 16/9 sampai hari ini 18/9 kuantiti haid yang keluar sangat banyak terutama waktu malam, sampai terpaksa tukar 2 pad untuk malam sahaja. Boleh doktor bantu saya tentang masalah ini? Saya ingin berjumpa doktor, tapi sudah 2kali doktor kata tiada apa, mungkin hormon or etc. Mohon pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.