
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak menentu & pendarahan
Hi dokter, Saya nak tanya saya seorang wanita yang berumur 21 tahun dan berat saya 98kg, masalah pertama yang saya alami ialah kitaran haid saya tidak menentu dalam kadang setahun tak period dan hampir setiap hari ada darah yang berwarna coklat keluar dari faraj saya dan masalah kedua saya adalah ketika saya melalukan hubungan seksual sering keluar darah yang bewarna coklat atau pun darah segar yang keluar dari faraj saya. Apakah punca nya dokter dan apakah yang harus saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.