Sulit
5 tahun
Masalah haid tidak teratur. Dah 6 bulan x dtg haid.sejak sekolah menengah lagi sye ade masalah haid.ape masalah yg sye hadapi sekarang ni umur sye 19.apakah yg perlu sye lakukan adakah symptoms ni. o
Masalah haid tidak teratur. Dah 6 bulan x dtg haid.sejak sekolah menengah lagi sye ade masalah haid.ape masalah yg sye hadapi sekarang ni umur sye 19.apakah yg perlu sye lakukan adakah symptoms ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, punca masalah anda haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca masalah, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























