
Sulit
3 tahun
Masalah haid tidak teratur Saya 17 tahun dan tidak datang haid selama 5 bulan dan pernah berjumpa dengan pakar puan dan dia kata normal sebab berat badan berlebihan. Apa ubat yang perlu saya makan atau benda yang perlu saya buat?
Saya 17 tahun dan tidak datang haid selama 5 bulan dan pernah berjumpa dengan pakar puan dan dia kata normal sebab berat badan berlebihan. Apa ubat yang perlu saya makan atau benda yang perlu saya buat?

3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, anda mengalami haid lewat selama 5 bulan. Kami memahami kegelisahan anda dan akan cuba membantu.
Selain berat badan yang tinggi, haid terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- stress
- masalah tiroid
- fibroids
- PCOS
Maklumat yang lanjut serta pemeriksaan fizikal perlu dilakukan sebelum kami dapat memberi nasihat kepada anda. Seperti yang dimaklumkan, anda telahpun merujuk kepada pakar puan dan mendapat tahu punca haid lewat bagi anda adalah berat badan yang berlebihan. Kami menyarankan agar anda mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor puan. Namun begitu, sekiranya anda masih mengalami masalah haid lewat selepas rawatan, anda perlu merujuk kepada doktor sekali lagi.
Anda boleh berhubung dengan doctor bagi mendapatkan konsultasi peribadi atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.