Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah haid tidak teratur selepas melahirkan anak yang kedua

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 6:34 AM

Sulit 57 hari

hai doktor , saya ada maslaah haid yang tidak teratur . kadang kala haid yang datang hanya sedikti sahaja dan hanya 1 atau 2 hais yanag datang .syaa merasakan tidak puas dengan haid yg datang .adakah ini semua berpunca dari pengambilan pil perancang ? adakah itu dikira normal?adakah patut saya tukar pil perancang ? kerana pil perancang yang saya gunakan sekarang adalah pil perancang novynette… mohon bantuan penjelasan dari pihak doktor tentang keresahan saya .

Dr Sri Viknarajan 57 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.

Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:

  • Gangguan stress
  • Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
  • Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
  • Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
  • Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
  • Penyusuan
  • Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa

Anda perlu bimbang sekiranya:

  • ia mengganggu rutin harian anda
  • terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
  • perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)

Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Saya sarankan puan mengambil keputusan (samada ada meneruskan pil Novynette tersebut atau menggantikannya dengan perancangan yang lain) bersama doktor puan, atau bersama pakar gynecolgist yang lain.

Puan juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 06:34:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang perancangan keluarga secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Penggunaan iucd selepas 6 tahun tidak bersalin Saya berusia 36 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Anak kedua berusia 6 tahun. Bolehkah saya memakai iucd? Saya tidak mahu menambah anak lagi. Baca lagi...
29 hari
Sulit
Pil perancang elak dari kanser barah dan jika ada cyst payudara adakah boleh makan pil perancang? apakah ubat perancang yg sesuai untuk yg tak membahayakan kesihatan? kalau perancang kat klnik kesihatan risiko sikit kan? saya nak cari kat farmasi. tolong suggest yang mana ok. sebelum ni sy c… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Waktu sesuai keluarkan iucd Saya wanita berusia 39thn,dan sdng menggunakan iucd…akan tetapi saya teringin ada baby sblum umur mencecah 40thn… Bila sy ke klinik kerajaan mcm² alasan mereka berikan pada sy agar tidak mengan… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Kesan pil perancang escapelle untuk period saya ada makan pil escapelle 12.12 sblum ini, dan kluar darah berketul… dan period seperti biasa. Dan selepas sebulan,saya menunggu haid datang dan tinggal seminggu sebelum habis bulan 1 tetapi … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Adaka mgndung walau abil inject perncang doc… mcm ni, sya sptutny d suntik 21.12.2020. tp tdk jadik.sbp sya ada mgdu mual2 n munth. tp sya jugk pskit gstrik. nes mdgr aduan sya, tlebih dhlu nes mau sya bt urine test. then bila da d c… Baca lagi...
27 hari