Sulit
2 tahun
Masalah hidung tersumbat dan berangin
Assalammualaikum Dr. Saya mengalami masalah hidung yang akan tersumbat dan berair setiap kali terjaga daripada tidur. Hidung saya juga sering terasa seperti sensation berangin dan kering jadi kurang selesa untuk bernafas. Di belakang hidung seperti ada hingus yg stuck and perlu lakukan pergerakan mulut untuk suck it out. Sensation berangin tu terasa drpd hidung dan belakang hidung kadang2 bahagian dalam mulut yg menhubung ke hidung. Apa rawatan boleh saya lakukan ya dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung tersumbat dan berair disertai dengan gejala berangin dan kering menyebabkan anda rasa kurang selesa. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- Stres
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.