
Sulit
4 tahun
Masalah hidung yang kerap berdarah dan sekarang kahak pula
Hi dokter,nama sy lin . Sy berumur 26 tahun .saya ingin bertanya.mengenai hidung saya sebelum ini kerap berdarah… mungkin saya fikir sebab cuaca. Tetapi sekarang hidung saya berdarah berserta dengan kahak berdarah.saya tidak batuk . Tetapi kahak saya berdarah dan saya juga bukan perokok . Apakah masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung berdarah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah hidung serta kahak berdarah. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Menghembus terlalu kuat
Cuaca persekitaran panas terik menyebabkan mukosa dalam hidung kering
Selesema akibat daripada jangkitan bakteria atau virus
Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung
Pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Untuk masalah kahak berdarah anda, ini kemungkinan darah dari hidung yang mengalir ke dalam tekak. Hal ini terjadi kerana saluran hidung akan bersatu dengan saluran tekak.
Berikut merupakan jawapan am untuk soalan yang diajukan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.