
Sulit
5 tahun
Masalah hormon dan degupan jantung
saya wanita berumur 20an dan saya sudah berumahtangga. masalah saya disini adalah, sewaktu saya belum mendirikan rumahtangga, period sangat cun dan teratur. tetapi apabila perkahwinan sy berusia sebulan sahaja, saya terus tidak datang period. saya ingatkan saya mengandung? tapi tak sure, saya buat pregnancy test pun stil negative. selepas 6 bulan berkahwin, barulah period saya datang itupun hanya sehari saja dalam kuantiti yang sedikit.(hanya menggunakan 1 pad sahaja) keesokannya pulak tidak ada datang sama sekali.
selepas itu,saya buat rawatan utk cek pangkal rahim. alhamdulillah semua normal. saya bebas dr gangguan serviks. namun bulan seterusnya saya masih tidak didatangani period. selepas 6 bulan kemudian dtg pula seperti biasa.(tempoh period biasa ,seminggu)
sehinggalah saat ini, 26.08.2019 usia perkhwinan sy hampir 2 tahun ini, saya masih tidak di datangani period. sy risau. sangat2 risau.
berat badan sy 58kg. saya buat diet dan atur pola pemakanan. kadang pernah sampai sebulan saya tak sentuh benda manis. sy hanya minum air putih. tapi period saya masih macm tu jugak. cek upt pun masih negtive.
dokter cuma ckp hormon sy tak stabil. tapi sampai bila? saya risau bila period tak keluar. lgi satu masalah saya adalah dalam bulan 8.2019 ni lah… saya kerap sangat macam nak pitam. lepas tu bila nak pitam, saya elakkan tutup mata sebab sy takut pengsan. cuma bila nak pitam tu, sy ada beberapa perasaan berantai contohnya mcm… pitam + nak jatuh+ telinga berdesing + jantung berdegup laju sangat + sesak nafas sekejap dalam 10 saat mcm tu.
saya dah cek jantung jugk hri tu sampai dokter tu cek sy dengan benda apa ntah guna elektrik ke ape… sbb dia nak tengok heart beat… tp dia cuma ckp itu semua normal. biasanya heart beat mcm tu tanda2 nak pregnant. tp tak tahulah. sy tkut nak letak harapan. kerana hampir 2 tahun menunggu. pregnant test pun msih negtive jugak.
saya hrap dokter dapat berikan ulasan soal apa yang sy rasakan ini.
terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari - seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Manakala gejala hendak pitam, degupan jantung laju dan sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kurang gula - akibat tidak guna gula (kenicng manis) atau kurang pengambilan
- Dehidrasi
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.