
Sulit
5 tahun
Masalah hubungan kelamin
Assalamualaikum . saya bru lepas bersalin anak pertama 2 3 bulan yg lepas .dan saya bru umur 19tahun. Ini masalah hubungan kelamin. bila ingin bersama suami Sy merasa sakit di bahagian awal faraj. Seperti tidak boleh memasokkan penis ke vagina. Harap boleh bagitahu secara detail kenapa .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekeringan faraj
- Endometriosis
- Keradangan pelvis (Pelvic inflammatory disease)
- Ketegangan otot pelvis sekitar faraj
- Kesakitan dan ketegangan luka episiotomy semasa bersalin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.