
Sulit
3 tahun
Masalah hubungan suami dan isteri
Assalamualaikum. Saya mempunyai masalah utk bersama dengan isteri. Selama 3 tahun perkahwinan saya sudah dikurniakan seorang anak. Selepas isteri saya bersalin, perasaan untuk melakukan hubungan seks semakin berkurangan. Perasaan untuk mendampingi isteri semakin pudar. Saya terlalu sayangkan anak saya sehingga saya mengabaikan tanggungjawab saya pada isteri saya. Seringkali saya cuba utk bersama dengan isteri, tapi saya tiada nafsu utk bersama. Dia seorang isteri yg sempurna, Saya amat cintakan isteri saya, cuma pada saya bentuk badannya yg terlalu kurus membuatkan saya kurang berminat dan tiada feel. Apakah yg sepatutnya saya lakukan utk memperbaiki keadaan ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada nafsu seks dan keghairahan juga dikenali sebagai libido rendah. Kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon
- akibat ubatan
- akibat pengambilan alkohol
- masalah tidur
- masalah hubungan
- stress
- penuaan
- kurang bersenam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.