
Anonymous
6 tahun
Masalah kedatangan haid
Hi dok, saya ada masalah haid yang lama untuk 2 bulan ini. Bulan lps haid saya dri 25/03 - 11/04. Selepas 4 hari haid saya datang lagi dari 16/04 hingga 29/04 harini dan haid saya hnya kluar sedikit saja . Adakah faktor kegemukan kerana saya seorang yang berbadan besar , tapi sebelom ini haid saya normal wlpun pernah tidak datang slama 3 4 bulan . Terima kasih harap doktor boleh berikan jalan penyelesaiannya

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan simptom yang anda nyatakan, anda mungkin menghidap masalah haid tidak teratur.
Terdapat banyak punca masalah ini boleh berlaku, antaranya:
- Masalah gangguan hormon akibat:
- Sindrom policystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Masalah pemakanan
- Tekanan emosi
- Kehidupan yang stress dan aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Terlibat dengan aktiviti sukan atau melakukan aktivti lasak
- Masalah struktur rahim, ovari atau serviks
- Ketumbuhan “benign”
Masalah haid tidak teratur akan menyukarkan anda merancang kehamilan atau menjangka kehamilan. Selain itu, sesetengah masalah seperti sindrom policystic ovari boleh menyebabkan masalah kesukaran untuk hamil. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.