Anonymous
4 tahun
Masalah kehadiran fibroid 4cm
Saya berumur 30thun dan baru melakukan pemeriksaan di klinik mendapati ada fibroid size 4cm. doktor memberitahu saya bahawa tidak prlu risau dan ia adalah normal bagi wanita lingkungan usia saya. dan saya hanya perlu datang untuk pemeriksaan selepas 6bln tanpa perlu risau dan tiada risiko. bole terangkan ape yg perlu saya lakukan untuk mencegah fibroid ini?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Fibroid adalah masalah yang sering melanda golongan wanita pertengahan umur. Ia adalah ketumbuhan yang tidak berbahaya dan boleh dibuang jika mengakibatkan masalah kepada wanita tertentu seperti haid berlebihan.
Punca fibroid yang sebenarnya masih tidak diketahui, namun ia dikenal pasti dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dalam tubuh. Oleh itu beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu mengawal paras hormon ini, iaitu:
- Pilih diet yang seimbang. Meditreneann diet adalah pemakanan yang disarankan kerana mengandungi banyak pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan ikan.
- Hindari rokok dan alkohol
- Amalkan gaya hidup sihat dengan memperbanyakkan senaman
Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah anda kepada doktor terutamanya jika anda menghadapi masalah seperti haid terlalu banyak atau ingin hamil. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.