Sulit
2 tahun
Masalah kelamin lelaki dan cara merawat
doktor saya ada masalah kelamin,alat kelamin tak menengang seperti sedia kala dan setiap kali bgun pagi dia tetap tidur,biasa menengang tanpa kawalan saya ini skrang saya kena paksa ,ape langkah patut saya amik doktor dan ubat ape patut saya rawat?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda tidak lagi mendapatkan ketegangan zakar pada waktu pagi serta bimbang jika ia petanda masalah yang serius. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ereksi pada waktu pagi adalah disebabkan oleh kitaran tidur REM serta pergerakan tekanan darah ke bahagian zakar. Tidak mempunyai ereksi pada waktu pagi boleh menjadi sesuatu perkara normal, jika ia jarang-jarang berlaku.
Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan anda kurang mendapat ereksi pada waktu pagi. Antaranya adalah:
- peningkatan umur melebihi 40 tahun
- diabetes
- masalah kolestrol tinggi
- masalah tekanan darah tinggi
- depresi
- insomnia
- masalah keresahan (anxiety)
- disfungsi ereksi (erectile dysfunction)
Berikut merupakan diagnosis umum punca masalah anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizika serta ujian klinikal. Kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah