
Sulit
4 tahun
Masalah kencing berbau
Saya dari rawang 26 tahun,saya ingin bertanya kenapa tiap kali saya kencing macam ada berbau sedikit,lagi2 setiap waktu pagi,tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala kencing berbau di waktu pagi boleh disebabkan oleh
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- gangguan organ buah pinggang
- air kencing yang disertai zat protein atau zat lain (tidak normal)
Untuk makluman anda, sekiranya gejala tersebut disertai rasa panas, disuria (sakit ketika kencing) & inkontinensia (susah menahan kencing), ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan mahupun gangguan pada saluran kencing anda.
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.