
nor439602
6 tahun
Masalah keputihan Wanita dan haid tidak datang
Saya wanita berusia 21…dah 5tahun saya tidak datang period…Dan saya mengalami keputihan yang agak banyak…macam mana nak mengatasi keputihan itu doktor…agar haid saya kembali pulih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Masalah keputihan merupakan salah satu masalah yang paling biasa dalam kalangan wanita. Salah satu punca utama keputihan faraj adalah lendiran faraj yang berlaku semasa kitaran haid. Selalunya ia berlaku pada fasa luteal iatu kitaran subur haid. Ia akan berkurang apabila menghampiri hari perdarahan haid. Lendiran tersebut biasanya berwarna putih pucat atau kuning pucat. Ia jernih, tidak berbau dan biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan atau kesakitan di bahagian kelamin. Justeru itu, keputihan yang anda alami sekarang berkemungkinan besar disebabkan oleh penyakit di bahagian faraj. Keputihan faraj boleh disebabkan oleh penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
Penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk jangkitan oleh kuman
• Candidiasis (sejenis jangkitan kulat)
• Bacterial vaginosis atau BV
• Chlamydia trachomatis
• Neisseria gonorrhea
• Trichomonas vaginalis
Penyakit tidak berjangkit yang boleh menyebabkan keputihan termasuk:
• Haid
• Cervical ectropion atau pintu rahim yang terbalik
• Cervical polyps, sejenis ketumbuhan di pintu rahim atau rahim
• Benda asing yang tersangkut di faraj
• Alahan atau alergi kepada bahan-bahan seperti sabun
Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.