Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah keputihan yang meembuatkan miss v berbau, kegatalan dan juga keradangan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 7, 2020 1:15 AM

Sulit 36 hari

Hi saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah keputihan yang banyak. Ia juga membuatkan miss v saya berbau,gatal dan meradang. Bolehlan doktor memberi cadangan ubat apakah di Guardian, Watson atau farmasi lain yang boleh merawat masalah keputihan dan kegatalan miss v

Dr Sashini Seeni 36 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.

Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:

  • Lendir yang cair dan tidak melekat
  • Berwarna putih atau krim
  • Tiada bau
  • Jumlah yang sedikit
  • Hanya semasa subur dan sebelum haid
  • Tiada kegatalan

Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:

  • Lendir yang kental dan melekat
  • Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
  • Berbau busuk
  • Jumlah yang banyak
  • Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
  • Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan

Keputihan bukan lah satu penyakit malah ianya ialah gejala bagi penyakit tertentu. Sekiranya keputihan anda ialah keputihan patologi maka ia boleh menyebabkan period terganggu. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera jika masalah ini berlarutan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Jun 07 2020 01:15:24 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Masalah Keputihan Yang Sering Berbau Saya seorang wanita yang berumur 18 tahun. Saya sering mengalami masalah keputihan. Adakah itu normol? Bagaimanakah cara untuk saya merawatnya? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Keputihan yang sangat tidak selesa Saya berumur 27 tahun.Dan mempunyai anak 2 orang. Masalah saya selepas bersalin anak kedua yang kini berumur 3 tahun, saya mengalami keputihan yg sangat banyak… kadang saya xselesa sgt, saya cub… Baca lagi...
52 hari
Sulit
Keputihan berwarna hijau Saya berumur 19 tahun. Kerap mempunyai keputihan sejak 17 tahun. Selepas waktu sekolah, saya akan mencuci keputihan pada pakaian dalam untuk solat dan memakai semula sehingga ke petang (6:00pm).… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Keputihan Kuning 3 Hari Habis Haid Assalamualaikum and Salam Sejahtera Saya ada kemus Baca lagi...
19 hari
Sulit
Vaginal discharge berlebihan Saya wanita berumur 30 tahun. Saya telah di diagnose dengan fibroid dan bakal menjalani pembedahan julai ini. Saya mengalami period yg banyak dan pernah anemia dgn bacaan hb 4.5 dan dimasukkan k… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi