
Anonymous
5 tahun
Masalah kerap sakit dan Darah merah pekat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Saya telah di datangi demam secara mengejut badan yang panas serta badan menjadi lembik
Saya berusia 35tahun ,doktor hospital menyarankan saya berhenti merokok.apakah langkah lain dan ada ubat lain yang boleh membuatkan darah saya kembali normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi masalah darah pekat sememangnya merupakan masalah yang dihadapi perokok. Untuk kebaikan tuan, dapatkanlah khidmat berhenti merokok di mana-mana hospital atau klinik. Masalah darah pekat boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lain seperti strok.
Bagi gejala demam panas dan lemah badan, terdapat pelbagai punca seperti:
- Jangkitan kuman
- Denggi
Anda disarankan untuk bertemu doktor di klinik atau hospital bagi khidmat konsultasi kesihatan yang lebih lanjut atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.