
Sulit
4 tahun
Masalah Kesihatan Seksual
Mengapa zakar saya sukar masuk kedalam faraj isteri? Dan faraj isteri saya juga kurang berair.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang sihat & selamat.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Gangguan kesihatan seksual anda boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, iaitu:
- Psikologi
- Neurologi
- Muskuloskeletal atau anatomi (i.e. trauma, dll)
- Ubat-ubatan atau ahan kimia
Untuk pengetahuan anda juga, faraj yang kurang berair juga perlu dititik beratkan ketika ingin berhubungan, kerana ia dapat memudharatkan kelamin wanita. Berbincanglah dengan suami agar hubungan yang selanjutnya anda berdua dapat
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- memastikan kedua-dua kelamin bebas dari jangkitan kuman
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.