Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan tonsil dan kepala
1. Saya perasan tonsil saya terdapat putih-putih kecil seperti ketulan , ianya juga berasa sakit ketika saya cuba menelan air liur tetapi tidak ketika makan. Ianya berrada di sebelah kiri. Saya juga merasakan tekak kiri saya seperti ada benda tajam yang mencucuk ketika menelan air liur.
2. Kepala bahagian kiri saya sering terasa pening. Kadang2 ngilu sehingga ke telinga. Sakit kepala saya berlanjutan lebih krg 3 hari. Seringkali apabila saya bangun dengan pantas, kepala saya pening yang amat sangat terasa seperti ingin terjatuh.
3. Kesukaran untuk tidur. Saya rasa saya sukar untuk tidur.
Apakah penyebab ini semua ya? Patutkah saya berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk masalah tekak anda, ia berkemungkinan disebabkan oleh tonsilitis. Manakala gejala sakit kepala anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Namun pening kepala apabila anda bangun mungkin disebabkan oleh postural hypotension.
Selain itu, untuk masalah sukar tidur atau insomnia boleh dan kebiasaanya disebabkan oleh anxiety, tekanan atau depression.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.