
Sulit
4 tahun
Masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh aunty saya ini adakah ia merupakan sakit mental? Sekiranya ya. Bagaimana perlu mengatasinya? Adakah ahli keluarga harus sentiasa berada ditepi dia untuk memotivasikan dia?
Hi Dr, saya mempunyai seorang aunty. Kebelakang ini dia mengalami kelakuan yang pelik. Dia mana dia akan bercakap sendiri, cepat marah, mengatakan segala dendam yang disimpan dalam hati dan mengalami imaginasi. Dia juga akan mengaggapkan dia sebagai puteri supaya disanjung oleh orang lain. Dia berimaginasikan dia adakah orang yang paling kaya. Adakah ini dianggap sebagai sakit jiwa? Bagaimana perlu mengubatinya ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu saudara anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh berlaku atas pelbagai sebab, antaranya:
- Stres berlebihan
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa pihak anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada pihak anda. Kami menasihatkan pihak anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan pihak anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am. Terima kasih