Sulit
2 tahun
Masalah ketika bersama
saya wanita berumur 24 tahun, and baru berkahwin dua bulan yang lepas. saya dan suami mengalami masalah ketika bersama. ketika kami bersama bahagian kemaluan suami dan saya mengalami kesakitan yang amat sehingga tidak dapat tahan. kadang suami saya selepas bersama dia mengalami kesakitan yang amat pada zakar dia pada setiap kali selepas bersama. kadang lepas pancutan pun dia sakit. kenapa ya? adakah itu perkara biasa atau perlu berjumpe dengan doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah suami anda. Antaranya adalah:
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, virus HPV
- Kista (cyst)
Untuk masalah kemaluan anda berasa sakit ketika bersama, ia boleh disebabkan oleh:
- Faraj terlalu kering
- Faraj luka
- Vaginismus
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.