Sulit
4 tahun
Masalah ketuat pada kepala zakar, muncul kebijian berwarna putih disekitarnya
Saya ingin tahu nama ubat dan cara untuk mengatasinya. Adakah ubat untuk masalah saya ini boleh diperoleh di klinik atau farmasi? Adakah ada kaedah untuk suntikan vaksin
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Bagi penyakit diatas, tiada suntikan vaksin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Rawatan kepada penyakit diatas memerlukan preskripsi doktor. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.