
Sulit
4 tahun
Masalah kulit dan bengkak di bhg bawah perut
Saya wanita dalam 20’an saya mengalami masalah kulit yg sukar untuk pulih di bahagian bawah perut seperti gatal2 dan kulit kering . dan saya telah mencuba pelbagai jenis krim di farmasi utk masalah kulit tersebut tetapi tidak sembuh . Kemudian terdapat 3 bijian di bahagian tersebut . Di bahagian atas pundi kencing bijian tersebut telah bengkak sehingga saya merasakan bhg bawah perut saya terasa cramp . Ia menyukarkan saya untuk duduk dan apabila saya sedang kerja , perut saya seakan2 period pain tetapi tidak period . Period saya juga tidak teratur . Pernah 5 bulan tidak datang period …

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit gatal. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gatal pada kulit. Antaranya ialah:
- kulit kering
- alahan/alergik
- eczema
- hives
- sebab lain: Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih