
Sulit
4 tahun
Masalah kulit wajah dan dagu berubah kehitaman
Saya remaja berumur 15 tahun
Kulit wajah saya sangat berminyak dan sangat kering serta mempunyai whitehead
Tetapi kebelakangan ni jadi lebih teruk dan dagu saya menjadi hitam dan mempunyai whitehead
Apa yang boleh saya lakukan untuk memutihkan kembali dagu saya dan menghilangkan whitehead di dagu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah kulit seperti ini, antaranya:
- Penjagaan kulit muka yang kurang bersih dan memuaskan
- Ketidakstabilan hormon
- Pora atau liang peluh yang besar terdedah dengan faktor luaran
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul
Terdapat beberapa cara untuk anda mengatasi masalah kulit berminyak dan whitehead yang anda sedang alami:
- Menggunakan pencuci dan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda
- Sentiasa memakai pelembap
- Menggunakan masker
- Elakkan dari memicit whitehead tersebut
Untuk masalah kulit yang bertukar warna dan sekiranya keadaan anda mengganggu anda, puncanya perlu diketahui dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kulit supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.