
Sulit
3 tahun
Masalah kurang pertumbuhan bulu
Saya lelaki berumur 17 dan mendapati bahawa bulu kemaluan kurang tumbuh sepenuhnya lagi…dan kemaluan seperti orang yang belum akil baligh.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
Segelintir lelaki tidak dapat tumbuh bulu di bahagian kemaluan. Hal ini kerana faktor gentik dan hormon. Genetik anda boleh menentukan sekiranya pengagihan folikel rambut banyak di kawasan kemaluan dan saiz kemaluan. Faktor hormon pula melibatkan tahap sensitif folikel rambut and kepada hormon dihidrotestosterone dan androgen dalam darah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.