Sulit
3 tahun
Masalah kurang tidur dan tidak dapat mengawal keseimbangan badan
Salam sejahtera doktor, saya berumur dalam linkungan 23 tahun. Pada mulanya saya menghadapi masalah saraf yang lemah di bahagian kepala dan mata. Oleh kerana saya tidak tahu mengenai pantang larang makanan yang diambil, saya tidak sengaja terambil makanan yang berangin. pada masa yang sama saya telah membuat gerakan kepala yang amat laju sehingga mengakibatkan saraf di bahagian kepala saya berdenyut yang kuat. Sejak daripada itu, saya mengalami kesukaran untuk tidur yang cukup terutama sekali pada waktu siang. Dan adakah masalah saya tidak mampu mengawal pergerakkan badan disebabkan oleh kurang tidur / angin dalam badan atau saraf yang masih lemah? . Boleh doktor terangkan bagaimanakah solusi untuk saya selesaikan penyakit saya ini. Terima kasih atas khidmat dan pertolongan dari doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah tidur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Mengenai masalah ketidakseimbangan yang anda hadapi, pelbagai faktor seperti berhubungan dengan masalah tidur, masalah saraf, telinga atau otak yang perlu diteliti melalui pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan bertambah berat, anda dinasihatka agar berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapat kesimpulan yang sempurna. Hal ini kerana maklumat dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih